Wednesday, April 18, 2012

Setelah sekian lama tak disentuh..

salam..

blog ni mmg dah lama tak di"update"..ye lah..bak kata pepatah ulama ..faaqidussyai' la yu'ti..

siapa yang tiada apa2 dia tidak mampu memberi..

atau pun sbb malas nak menulis..

muhasabah sebentar..

wslm...

Thursday, January 27, 2011

kenapa susah nak berubah?

bismillah..

setiap manusia Allah kurniakan kelemahan dan potensi tersendiri..dan dijadikan manusia hidup dalam pelbagai keadaan..
lahirnya dalam keluarga islam atau keluarga kafir..kehidupan dibelenggu kemiskinan atau dilimpahi kekayaan..lahir dalam suasana sosial atau islamik..semuanya terletak pada tangan Allah menentukannya..
kesemua latar belakang ini yang menetukan pemikiran yang akan dibawa satu2 individu itu dalam kehidupannya..mecorak kayu ukurnya..

psikologi manusia sangat kompleks dan unik..

dalam sejarah kes yang dilaporkan seorang ahli psikologi barat..seorang pembunuh merasakan kegiatan jenayahnya sebagai satu kebajikan..dan dia tak merasa sedikit pun bersalah atas kejahatannya..malah merasakn dirinya seorang manusia yang baik..
fikirkan dari sudut manakah dia dapat mentafsirkan pembunuhannya sebagai amal kebajikan ..dan menurut pakar psikologi..ini tidak dinamakan sebagai gila..seperti yang kita fahami..ia hanya masalah psikologi yang mampu dialami semua manusia..

inilah kesilapan dalam meletakkan kayu ukur dalam kehidupan..

rata-rata manusia memberontak jika dikatakan padanya..kau budak jahat..budak tak makan saman..ustaz buat bida'h
agak-agaknya kenapa..??

kita harus mengetahui apakah makna kejahatan dari sudut kefahamannya..kita tak mampu menegur seseorang andai dia tak merasa perbuatannya salah..
jadi,harus pastikan yang dia faham perbuatan dia adalah salah..begitu juga kita..kadangkala benda yang kita marahkan tu bukan salah..tapi kesilapan pemahaman kita..
contohnya,kita marah orang afrika jika dia tak baca qunut..sedangkan qunut itu sunat disisi mazhab tempat dia..siapa yang salah..?

disekolah,bagi sesetengah budak merokok dikira perbuatan yang gila-gila teruk..namun..sesetengah yang lain mengatakan budak baik pun merokok..macam mana tu??

kayu ukur apa yang sebenarnya paling sesuai untuk menentukan diri kita ni ok atau tak??
adakah kita  lupa  pada ukuran yang Allah telah tetapkan pada hambanya..
   
   `` Sesungguhnya orang yang paling mulia  diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa disis kamu.."
                                                                                                              al-hujurat:13
jika sifat-sifat hamba yang bertaqwa menjadi ukuran kita menperbaiki diri..kita akan sentiasa merasakan diri kita kurang dan lemah ..mudah untuk ditegur..

ibubapa  dan guru pun tidak akan membeza-bezakan kasih-sayangnya terhadap anaknya atau anak muridnya yang lebih pandai dan kurang pandai..

semuanya akan berjalan dgn adil..
pemerintah tak akan membezakan antara kontraktor kaya dan miskin..
sahabat tak akan memilih kawan yang kaya semata sebagai kawannya..

lihatlah gambaran kehidupan sahabat..yang rasulullah sendiri mengiktiraf kualiti mereka..golongan terbaik dalam sejarah manusia..

   ``sebaik-baik generasi,zamanku..kemudian selepasnya..kemudian selepasnya..''


                                                                                                                   wallahua'lam.