Kau belajar kat mana..?? “Intisar”…
Intisar???...kat mana tu??
Macam tu lah reaksi yg selalu aku terima waktu menjawab ttg tmpt aku belajar…sampaikan penduduk kwsn tempat aku belajar pun tak tau ada kolej kat kwsn diorg…sbb..”signboard” Intisar itu sendiri tak wujud..
tempat kitorang tinggal
Walaupun camtu keadaannya…1 tahun di Intisar, dgn pelajar berjumlah 12 orang pada asalnya..kemudian berkurang hingga 9 orang…pelbagai pengalaman baru dirasai..antaranya..kehidupan berjiran dan bermasyarakat.Sepanjang belajar di Intisar..aku menyewa di kawasan perumahan awam(gambar),bukan di dalam asrama pelajar..
Jika dibandingkan dgn kehidupan sekolah..duduk di kawasan perumahan sendiri bersama keluarga…amat berbeza bila duduk di rumah bujang…aku bergaul dgn jiran yg bergelar pakcik,makcik,sebaya dan adik2…Jika di rumah keluarga..aku lebih bergaul dgn anak jiran2ku…jarang sekali…aku berbual dgn jiranku yg bergelar pakcik dan makcik…bila hidup di rumah bujang mcm ni...banyak adab2 berjiran yg perlu diteliti dan dijaga...
Sarapan di pondok taman
Di sini juga..aku mula mengenali budak2 di kawasan kejirananku…mengenali mereka membuatkanku banyak berfikir dan menilai diri...bayangkan..ketika kami memperlihatkan video tentang “Kahar Si Nabi Melayu( nabi palsu)”…ramai antara mereka yang bertanya” ni nabi ke bang???”…Astaghfirullah…rupanya mereka masih belum mengenali Nabi Muhammad S.A.W dgn baik…
Bila ditanyakan…Kenal Nabi Muhammad S.A.W tak?
Jawapannya cuma… “pernah dengar….”
Inilah realiti masyarakat Islam yang harus kita sedari…semakin dalm mereka kita kenali,semakin kita akan rasa bertnggungjawab atas mereka...
di awal perkenalan dgn mereka…aku menyangka..sekurang2nya perkara paling asas dalam Islam sudah mereka ketahui..Allah dan Rasulnya..namun, inilah kenyataannya…yang selalu aku tertanya2..beraninya diorang buat benda tu…benda ni…dah la dosa besar..akhirnya jawapan yang aku temui…adakah mereka tahu ???
kita mungkin sekali mudah untuk menghukum dan memarahi…satu hakikat yang jarang kita perhatikan…adakah mereka tahu seperti yang kita tahu…lebih baik kita menasihati dan memperbaiki dari menghukum…insyallah akan ada kesannya
Kata-kata yang masyhur dari seorang ulama…
“kita adalah orang yang memperbaiki…bukan orang yang menghukum”
Wallahua’lam..
kehadiran kalian membawa cahaya kepada penduduk2 di TDM.. terutamanya adik2..
ReplyDeletepemergian kalian??