Pertengahan tahun2oo8,di Intisar,kami menerima satu kejutan..perjanjian antara Al-Azhar di Mesir dan seluruh Ipt di Malaysia dibatalkan…kolej kami yang hanya diiktiraf Al-Azhar sudah pasti terjejas…namun,pengajian dalam kos syariah kami teruskan…hinggalah tiba awal 2oo9…kami berpindah ke kolej Jaiputra,Kelantan..
Membuka satu lembaran yang baru dalam hidupku…berada di kolej Jaiputra ..memberi rasa hidup sebagai seorang mahasiswa..walaupun tiada nombor matrik pada dua bulan pertama..namun aku tetap rasa seronok..ditambah dgn wujudnya pelajar antarabangsa dari Kemboja.. unik…
Waktu kami sampai ke kolej,kebanyakan pelajar melayu masih dalam tempoh bercuti…jadi kami lebih banyak bergaul dgn pelajar kemboja..banyak nilai baik yang boleh diambil dari mereka..satu contoh…yg sangat berguna,mereka sangat bersungguh2,ada antara mereka yg bangun seawal 4 pg untuk m’ulangkaji pelajaran ..mgkn sejarah hidup mereka yg agak payah..terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi membuatkan mereka m’hargai peluang yg ada…satu tazkirah bagi kita yg selalu mendapat peluang tp sering m’abaikannya…
Saat pelajar melayu kembali ke kolej…kami mula berkenalan dan berpindah ke asrama luar…walaupun kami masih agak baru..layanan mereka membuatkan kami selesa dan mudah menyesuaikan diri…disini kami mula memasak…basuh baju berjemaah,bertukar2 cerita dan berbagai2 aktiviti yang selayaknya penduduk rumah bujang lakukan…(fikir +ve tau)…dan yang tak kurang pentingnya…kami sentiasa solat berjemaah di surau yang berdekatan..kami bergilir2 melaungkan azan..mejadi imam dan kadangkala mengadakan sesi tazkirah sesama kami…suasana yg jarang2 berlaku di kolej2 biasa…alhamdulillah
Tak lama selepas tu (lbh kurang 2 bln)kami berpindah semula ke asrama dalam kolej…(hidup b’pindah-randah)..kami duduk sebilik dgn seorang senior dari terengganu tp berbahasa kelantan…pada awalnya…kami agak cuak juga takut2 dia tak selesa hidup dgn kitorang…tapi bila dah duduk sekali(bilik 4 orang)…ternyata dia seorang yg mesra dan mengambil berat perasaan org lain…alhamdllh…
Itulah serba sedikit catatan pengalaman hidup di Kolej Jaiputra…kata orang..”jauh perjalanan…luas pemandangan”…dan sedikit tambahan dari aku…”pemandangan yang Positif”…kerana kebanyakan orang akan memandang besar kesalahan orang dan mencarinya…jarang antara mereka yang menyibukkan diri mencari kebaikan orang lain…adalah lebih baik kita menilai diri kita dari sibuk menilai orang lain..kerana antara tanda hati yang hidup ialah hati yg sentiasa merasa berdosa dan sentisa memohon ampun…
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment