Sunday, November 22, 2009

Yaman.bumi iman dan hikmah



Penerbangan dari Malaysia ke Yaman memakan masa lebih kurang 8 jam..ketika melihat dari atas kapal terbang..bumi Yaman kelihatan seperti tanah tandus yg seperti tiada apa2..segala2nya nampak sangat lapang dan kosong…warna kuning pasir memenuhi pandangan…terlintas di fikiran…macam mana nak hidup kat sini..seolah2 tiada apa disini..


Saat tiba di airport sanaa’..terasa matahari terik menikam kulit..tiba2…angin bertiup..sejuknya sampai ke tulang…lebih2 lagi waktu aku sampai ke yaman…permulaan musim sejuk…


Apa yang tergambar dalam benak fikiranku…cuaca sejuk sudah pasti satu pengalaman yang menggembirakan…namun 1 minggu berada disini sudah membuatkan aku mengenal betapa seksanya musim sejuk…sejuk kering yg boleh menyebabkan kulit berdarah…



Begitulah cuaca di yaman ketika ini,di sebalik cuaca yang begitu asing bagi ku…begitupun ,yaman mempunyai segala-galanya bagi mereka yang mahu mencari islam…hidup dalam kelompok masyarakat yang dinaungi oleh ulama sememangnya …satu nikmat yang amat besar…nikmat yang menenangkan jiwa..

Adik2 arab yang lebih kurang sebaya dgn adikku..sekolah rendah..berebut-rebut ingin memperdengarkan hafalan dan bacaan mereka pada seorang syeikh tua dan buta…di tangan mereka masing2 ada al-quran… ada di antara mereka yang sengaja membuat bising untuk menarik perhatian syeikh…apa yang dapat kufahami bila syeikh bertanyakan sebab dia membuat bising…dia berkata…dia ingin m’perdengarkan bacaannya…begitulah keadaan kanak-kanak arab disini…bg orang dewasa pula…di setiap waktu solat…sebelum dan selepas..pasti ada yang mencapai mushaf dan membacanya…Alhamdulillah..semoga Allah memuliakan mereka yang memuliakan kalamnya..

Kuharap sifat dan akhlak kanak-kanak arab disini kepada al-Quran dapat dicontohi adik-adikku sendiri..

Namun dimana2 pun,setiap masyarakat pasti ada kelebihan dan kekurangan…jika dibandingkan dgn masyarakat di Malaysia…masyarakat Arab disini agak kasar dalam pergaulan mereka…tapi yang istimewanya mereka…saat dibacakan ayat quran atau hadis untuk menegur mereka…mereka akan menerimanya…

Semoga gambaran kehidupan masyarakat Arab Yaman dapat dicontohi…sentiasa menjadikan ulama dan solihin sbg pendamping…quran sebagai tatapan harian…ego yang mudah dilunturkan dgn tinta tuhan…agar ketenangan Yaman mengalir jauh ke tanah air Malaysia…

Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment