Friday, January 8, 2010

3 bulan di Yaman

Alhamdulillah..kini sudah lebih 3 bulan aku berada di yaman..pelbagai tempat baru telah aku jelajahi.Juga aktiviti dan pengalaman baru dirasai..
Antaranya,pengalaman mengisi air tangki rumah sendiri…disini,sistem saluran air bawah tanah tiada…jadi kalau air habis…kami akan isyti moya (aku nak air),telefon lori air dan mula mengisi air…



Nak dijadikan cerita,belakang rumah kami(waktu duk rumah iman) ada bukit batu yang agak tinggi…Bukit Shamlan namanya…*untuk pengetahuan semua(m’nurut p’mrhatian),bukit2 yang ada di Yaman terdiri drpd batu2 dan kurang pokok yang tumbuh diatasnya..*dgn tenaga muda kurniaan Alllah..aku,Ubadah dan ust wan usaid..mendaki bukit tersebut..


Kami mendaki melalui laluan yang agak curam..ditambah dengan keadaan batu yang tidak kukuh..membuatkan aku teragak-agak untuk terus mendaki…ketika tu…separuh bukit telah didaki..jika ingin berpatah balik..bahaya…nak terus naik..bahaya jugak…akhirnya…aku teruskan juga pendakianku..

Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga sampai keatas…tatkala diatas bukit shamlan..subhanallah…kulihat pemandangan Bandar Sanaa’ yang indah…disini juga kulihat betapa kecilnya manusia jika dibandingkan dgn ciptaan Allah yang lain…langit yang luas,banjaran yang berderet dan besar…awan yang memutih dan tinggi..dan pelbagai lagi ciptaan Allah yang Maha Agung..



Hujung minggu atau hari2 yang cuti,kami akan beriadhah di Hadiqah Sabi’…tempat ini boleh dikatakan seperti taman untuk keluarga berkelah.Disini disediakan gelanggang futsal..biasanya kami akan bertolak seawal pukul 5.45 pagi(slps subuh) dan kami akan bermain bola hampir 4 jam..satu perkara yang kurang best ialah..kami terpaksa bergaduh..bukan bertumbuk tapi bergaduh mulut..sebab berebut padang..pergaduhan ni kadangkala ada kebaikannya..seperti kata senior kat sini..kalau dah reti gaduh dgn arab..maknanya bahasa arab kita dah kira power..



Biasanya kalau di Malaysia,malam minggu aku akan minum-minum di kedai mamak…tapi bila dah sampai kat Yaman ..kedai mamak dah takde..jadi aku dan kawan-kawan akan minum di kedai teh susu 1ooRy @ Rm2..



Minggu pertama Bulan 12..kami berpindah ke rumah baru..syarik sittin(jalan 60)..



Dirumah itu,kami membela pelakon2 G-force, genuine pigs..sebanyak 4 ekor..tapi seekor dah kena buang..pasal tuan dia cakap ..besar sangat..dan tak comel..tak tau la..tapi bukan aku punya..


 

Kini,tiba masa belajar..alhamdulillah,aku berjaya memasuki tahun 1 untuk dua universiti…univ iman n yamaniah..sebenarnya…rata-rata pelajar Malaysia yang ingin belajar di univ iman harus mendaftar di univ lain kerana univ iman tidak diiktiraf dan tidak mengeluarkan visa untuk pelajar..



Sekian catatan hidup selama 3 bulan lebih di Yaman...
                                    
                                                                                                                          wassalam.

1 comment:

  1. assalamualaikum,
    semoga thabat dalam perjuangan menuntut ilmu

    ReplyDelete