كل بدعة ضلاله و الضلالة في النار
Sunnah mempunyai definisi yang pelbagai dari sudut pandangan golongan yang berbagai,antaranya golongan ahli fiqh,ahli hadis,ahlis usul dan lain-lain lagi..namun,definisi yang ingin ditekankan dalam buku tulisan Syeikh Dr.Yusuf al-Qardhawi ialah definisi yang berlawanan dengan maksud bid’ah iaitu sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang kita dituntut mengamalkannya,amalan yang nabi lakukan dengan niat taqarrub ilallah dan bukannya sunnah jibillat(amalan nabi yang biasa seperti cara nabi duduk atau cara nabi tidur).
Bid’ah pula bermaksud jalan menuju agama yang direka-reka,seolah-olah ianya syariat Islam dan dalam mengamalkan ibadah kepada Allah,melampau-lampau.Bid’ah hanya berlaku dalam perkara agama.Sebarang pembaharuan dalam urusan dunia tidak dikira bid’ah.
Satu-satu amalan itu hanya dikira sebagai Ibadah jika dua perkara dipenuhi..pertama,niat kerana Allah dan kedua,menepati syariat(Al-Quran & Sunnah).
Islam sangat bertegas dalam isu bid’ah kerana 6 sebab utama :
1. Pembuat bid’ah mengangkat dirinya sebagai pembuat syariat dan sekutu bagi Allah.
2. Memberi isyarat seolah-olah agama tidak lengkap.
3. Menghilangkan sifat kemudahan dalam agama dan mempersulitkannya.
4. Bid’ah dalam agama mematikan sunnah.
5. Membuatkan manusia tidak berusaha dalam membangunkan keduniaan mereka kerana tenaga mereka tertumpu pada mereka-reka benda yang tidak boleh direka.
6. Memecah-belahkan kesatuan ummah.
Justeru itu,mencegah dan memerangi bidah adalah satu-satunya cara untuk memelihara keharmonian Islam.Jika kita perhatikan,pengetahuan kita tentang solat lima waktu sehari semalam adalah hasil daripada perjuangan umat Islam terdahulu memerangi bid’ah.Jika tiada sebarang usaha mencegah bid’ah pada masa lepas dilakukan,kita mungkin solat 6 atau 7 waktu sehari semalam hasil dari bid’ah yang berleluasa.
Dalam kita sibuk membincangkan tentang kewajipan menentang bid’ah,kita juga harus sedar,usaha segelintir musuh islam dalam menyimpangkan kefahaman bid’ah yang salah juga sedang hangat dijalankan.Satu contoh usaha mereka ialah mengeluarkan artikel yang menimbulkan persoalan tentang islam itu sendiri,bukankah Islam lebih baru dari jahiliyyah??,maka islamlah yang bid’ah ??
Jawapan bagi persoalan yang jahat dan licik ini ialah,anda lihat sejarah jahiliyyah itu sendiri!!Bukankah segala kerosakan yang mereka alami adalah hasil dari bid’ah yang nenek moyang mereka lakukan dalam agama nabi Ibrahim ??,Yang juga merupakan agama Islam??, dengan bukti dari sejarah sendiri sudah jelas menunjukkan yang mana bid’ah dan yang mana kebenaran..
Wallhua’lam..
No comments:
Post a Comment