Masa berlalu begitu pantas..dulu aku pernah berumur 7 tahun..terbayang saat ibuku mendaftarkanku untuk kemasukan darjah 1...dalam sedar atau tidak aku kini telah menjangkau 20 tahun…seolah ku tak merasai perjalanan hidupku selama 13 tahun..yang membawaku keumur ini sekarang..apakah yang telah kulakukan dengan umurku ini..apakah yang telah ku capai dgn masa berbelas tahun yang dikurniakan padaku..aku tidak tahu..bila difikirkan..terbayang segala kesilapan dan dosa yang telah ku lakukan..aku juga merasakan segala amalanku dan usahaku bukanlah amalan yang terbaik dan usaha terkuat yang aku mampu lakukan..sepatutnya aku melakukan lebih dari itu…kalaulah dulu..aku kurangkan masa rehatku…lebihkan masa membacaku…kalaulah dulu aku tumpukan perhatian pada ajaran guru..kalaulah aku dulu rajin..kalaulah aku..kalaulah aku boleh kembali ke masaku yang dulu..inginku betulkan segala kesalahanku…pertingkatkan usahaku…sudah pasti diriku kini lebih dari diriku kini..namun ku tahu harapan sebegini tidak pernah terjadi..
Hakikatnya,itulah jiwa manusia..sering menyesal pada perkara yang telah lepas dan tak tercapai…ketika peluang di dalam tangan mereka…seolah tidak ternampak oleh mata dan tak terdengar oleh telinga..itulah peluang masa..masa sebelum kamu membaca tulisan ini tidak boleh diulang..ianya telah belalu..dan tidak pernah kembali..masa inilah kehidupan kita semuanya..setiap antara kita punyai masa yang ditentukan..kan habis tatkala tiba masa yang ditentukan..
Pelbagai keadaan penyesalan yang dilihat disekeliling kita..antaranya penyesalan seorang mat rempit ketika kehilangan kaki..penyesalan seorang murid tatkala gagal..penyesalan seorang peniaga yang menipu tatkala terbongkar penipuan..penyesalan seorang pekerja bergaji rendah tatkala teringatkan kemalasannya sewaktu belajar dulu…..berbagai umur mereka yang menyesali hidup mereka..ada yang menyesal ketika berumur remaja,dewasa dan tua.
Yang paling ditakuti..mereka yang tidak pernah menyesal hingga tiba masanya..itulah penyesalan yang paling besar diantara semua penyesalan..penyesalan tatkala nyawa dicabut..bagi pelaku maksiat..seksaan Allah ditayangkankan dihadapan mata..tergambar ketakutan yang mendalam..dalam diri yang menyalami… kesalahan dan dosa yang dilakukan selama hidupnya berpuluh tahun tergambar dalam sesaat kerana ketakutan yang amat sangat..
Kita mungkin boleh mengulang mengambil ujian hinga kita berjaya,namun hidup yang diberikan pada kita ini hanya sekali..gagal sekali bererti gagal selama-lamanya..buatlah yang terbaik dalam hidup ini,jauhilah maksiat sedaya upaya,buatlah kebaikan pada semua , jangan pernah merasa baik dengan amal yg dilakukan dan sentiasalah merasakan diri berdosa dihadapannya..
Didalam Quran,Allah menggambarkan ahli neraka menyesali kehidupan dunia mereka yang membawa ke neraka..penyesalan ahli neraka dikira sebagai salah satu azab neraka..yang menyeksa psikologi mereka(nau’zubillahhi min zalik),kita berdoa supaya dijauhkan dari penyesalan ini..
Penyesalan yang semata-mata penyesalan ditegah dalam Islam..harus ada usaha untuk meperbaiki diri dari semasa ke semasa..semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhainya dan terhindar dari penyesalan ketika hari dimana pintu taubat tertutup..
No comments:
Post a Comment