Tuesday, April 20, 2010

ilalliqa..ya Ahki fillah..



Kurang dari seminggu..dua ikhwah yang amat berjasa kepadaku telah pulang ke tanah air..setelah lebih 9 tahun mereka mencurah bakti di Bumi Yaman..Iman dan hikmah..tibalah masanya mereka pulang..menyambung bakti di tempat kelahiran mereka..Abg leh akan menyambung perjuangannya di Sarawak..manakala Pak Aq akan berbakti di suatu tempat yang masih dirahsiakan..
Untuk aku , yang baru mengenali mereka kurang dari 7 bulan..merasakan seolah sudah lama berkenalan..tidak dapat kugambarkan perasaan ini..mgkn ikhwah2 disini memahami..ku teringat kata-kata seorang akh disini..lokman namanya..
                ``ukhuwah dirasai bukan kerana lamanya masa diluang bersama,tapi rasa ukhuwah hadir tatkala hati itu disatukan Allah”
   Abg leh dan Pak Aq banyak membantu kami membiasakan diri dgn suasana Yaman..pelbagai perkara baru yang kami terokai bersama mereka..mengenali tempat dan pengangkutan utama,membeli barang keperluan sesuai dgn cuaca yaman,makan makanan yaman…dan macam-macam lagi..ketika kami dibawa ke tempat menarik sekitar sana’a..Pak Aq banyak menceritakan tentang sejarah tempat yang dilawati..lagaknya seperti pemandu pelancong..menceriakan suasana..dgn diselitkan dgn lawak selambernye..kebanyakannya dalam loghat kedah..
  Ketika kami tiba di sana’a,kebanyakan dari kami masih tak dapat menyesuaikan diri..kulit kering dan gatal-gatal..bibir berdarah dan macam-macam lagi penyakit yang menunjukkan kami masih belum dapat membiasakan diri..disini,Abg leh banyak memainkan peran…dia sering menasihati kami supaya menjaga kesihatan…``kulit mesti sapu dgn Vaselin,kalau tidur…pakai stoking..jgn lupa pakai selimut…nanti badan masuk angin..,air pun kena banyak minum..”,itulah antara nasihat-nasihatnya yang masih terngiang-ngiang di telingaku..persis seorang ayah menasihati anaknya..
   3 hari sblm mereka terbang meninggalkan bumi Yaman..satu majlis perpisahan tlh diadakan..persembahan dan ucapan khas ditujukan untuk mereka..di akhir majlis..Abg leh dan Pak memberikan ucapan..yang aku kira disini sebagai amanat..
   Pertama,supaya kami memelihara ukhuwah kami..ikatan akidah dan fikrah..agar tidak berpecah belah kesatuan kami..agar keindahan islam itu jelas terlihat..
   Kedua,agar kami sentiasa fokus pada tujuan kami berada di Yaman iaitu tafaqquh fiddin..memahami agama..
  Di dalam ucapan mereka,menceritakan kenangan ketika hari pertama mereka tiba di Yaman.... mereka disambut senior,dilayan dan diperkenalkan dgn suasana yaman..kini mereka menjadi senior dan menyambut junior..mereka menyambung perjuangan ikhwah terdahulu..
  Cerita ini menggambarkan….satu harapan agar kami yang tinggal ini..menyambung perjuangan mereka..mengulangi amal mereka dan berjuang seperti mereka..
  Doaku..semoga diri ini dan teman-teman seperjuangan akan terus thabat dan istiqamah pada jalan dan perjuangan ini..
   Kita jelas..tetapnya kita diatas jalan dan perjuangan ini bukannya kerana ikatan individu atau material..tapi kerana kita yakin..ini adalah jalan yang membawa kepada redha Allah..
                                                                                                                  -wallua'lam-

 
 




No comments:

Post a Comment