Tuesday, November 2, 2010

Apakah dunia kita....?

bismillah..

banyak perkara yang ku cuba coretkan... perkara yang bermain difikiranku
..yg inginku kujelaskan..apa yang ku rasakan penting untuk kamu semua memahaminya..

memahami sesuatu dari sudut pandangku membuatkan aku ingin berkongsi pada yang lain..

ku ingin katakan sesuatu..tapi aku bimbang pada seperkara..adakah duniaku..sama dgn dunia kamu..apakah yang penting bagi kamu sama seperti apa yang penting bagiku..

ku sering membaca apa yang sahabat-sahabatku luahkan difacebook mereka, lelaki dan perempuan..pelbagai dunia kutemui disana..

ada yang sering berkongsi tentang bola sepak..

ada yang cenderung berkongsi tentang lagu terbaru..

ada yang sedang dibuai keindahan cinta...,berbalas kata sayang dan cinta

ada yang bercerita tentang keseronokan berjalan kesana-sini dan mencuba itu dan ini.

ada yang sering dilanda masalah..,seringkali menghamburkan kata2 keras disebabkan masalah kehidupan mereka..

ada juga yang mengatakan bahawa mereka sedang bosan,tak tahu nak buat apa..

tak kurang juga yang menulis kata-kata nasihat..berkongsi tentang kehidupan mereka dgn dakwah..perasaan mereka..

dan pelbagai lagi tulisan dan luahan yang menunjukkan apakah dunia mereka..

kita punyai kehidupan sendiri..agenda sendiri..

aku mula tertanya2..adakah kita tidak menyedari agenda sebenar kita diciptakan..

aku tahu..semua tahu..
bila ditanyakan tentang tujuan hidup..pasti semua dapat menjawabnya..
1.beribadah kepada Allah.
2.menjadi khalifah.

tapi hakikatnya..kita meletakkan kedua-dua tujuan ini dipinggir agenda kita..tak pernah menjadi agenda utama..

ya,kita mungkin tak pernah tinggal solat 5 waktu..dan mungkin juga kita menambahnya dgn solat sunat ..tapi..cuba kita fikirkan..ada ketikanya..apabila minat kita bertembung dgn ibadah..yang mana kita dahulukan..??

satu situasi untuk menjelaskan keadaan kita..
"satu petang..ketika hampir2 memasuki waktu asar..kita dipadang bola..sedang bermain bola..dan ketika azan asar berkumandang..adakah kita dgn pantas menuju ke masjid atau musolla..atau kita meneruskan bermain bola..dan hanya kemasjid ketika iqamat dilaungkan..?"

contoh kedua..
"rancangan kegemaran kita sedang ditayangkan..dan kita masih belum solat lagi..adakah kita akan menunaikan solat terlebih dahulu atau menonton??..jika kita melakukan solat terlebih dahulu..adakah kita lakukan dgn penuh ketenangan..atau dgn pantas dan tergesa2..??

jika kita memeriksa diri dan hati kita..,akan terlihat dgn jelas,hati kita masih lagi meletakkan tujuan yang diletakkan Allah dipinggir agenda hidup kita..

kita melakukan ibadah kepada Allah..dgn cara 'asal buat sudah'..kita tidak merasai dan menghayati dgn hati kita..kemanisan ibadah kepada Allah..kemanisan meletakkan segala rasa harap dan pergantungan kepada Allah..

solat yang berjaya adalah solat yang mengubah kehidupan kita..kepada meninggalkan kemungkaran..

ini baru tujuan hidup yang pertama...

belum lagi melihat kepada tujuan yang kedua..

menjadi khalifah Allah membawa maksud..mengakkan syariat Allah dimuka bumi..melalui dakwah dan tarbiyah..
syariat hanya tertegak sekiranya kita punyai negara islam sendiri dan kerajaan sendiri..

proses kearah pembinaan ini memerlukan kepada tenaga2 yang ramai..ianya adalah proses yang menjangkaui umur seorang manusia..melebihi ratusan tahun..inilah agenda yang akan membuatkan kita sibuk..,sibuk dgnnya sehingga habis tempoh umur kita..kita berdakwah manusia kepada islam..dan mentarbiyah mereka agar nilai islam tertanam subur dalam diri mereka..buka sekadar dakwah bercakap..dan meninggalkan pendengar tanpa tarbiyah..

jadi..agenda kita sebagai muslim jelas..jangan jadikan agenda yang diletakkan Allah ini dipinggir kehidupan kita..

mereka yang mengimpikan syurga..bukanlah mereka yang tidur diatas tilam empuk sehingga tengahari..mereka ini adalah pejuang yang bergerak untuk islam..sentiasa berfikir..sentiasa berkorban untuk islam..tidur sekadar menghilangkan letih..makan sekadar mendapatkan tenaga,kerana mereka memahami..Allah membeli dari mereka (orang2 mukmin) diri mereka dan harta mereka dgn harga syurga yang mengalir dibawahyan sungai madu dan susu..yang luasnya melebihi keluasan langit dan bumi..subhanallah..

Hidup hanya sekali.Biar bererti..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment