Thursday, July 22, 2010

Ya Allah,kami memohon mati yang baik.

bismillah..
setiap dari kita kenal diri masing- masing..tahu kelemahan diri masing-masing.
setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa seperti mana hadis nabi s.a.w.

"Setiap anak Adam melakukan kesalahan,dan sebaik-baik mereka,adalah mereka
yang bertaubat"

setiap dari kita,tahu dosa yang kita sembunyikan dari mata orang lain..dosa yang kita lakukan secara lazim dan diwaktu tiada orang disekeliling.

ada satu kisah,yang ana dengar dari seorang sahabat di yaman,menceritakan tentang kisah pemuda di sebuah negara arab..sama-sama kita fikirkan.

pemuda arab yang beragama Islam ini merupakan pemuda kaya..yang hidupnya dikelilingi dengan kemewahan..dia mempunyai tabiat melayari laman web lucah.

kerana dia mempunyai duit yang banyak,dia telah melanggan gambar atau video lucah secara mingguan.video dan gambar lucah ini akan dihantar secara automatik ke emailnya setiap minggu.

suatu hari,dia mengajak kawannya menonton video lucah di rumahnya..kemudian kawannya turut ingin melanggan sepertimana dia..
dia berkata,"tak perlu..aku akan hantar video dan gambar yang aku dapat ke email kamu setiap kali aku dapat video baru".

dia setkan penghantaran ke email kawannya secara automatik setiap kali ada video baru yang diterima.

beberapa minggu selepas itu,ajal menjemput pemuda tersebut,dia mati dalam kemalangan jalanraya.

segala urusan pengurusan jenazahnya berjalan seperti biasa.

di rumah,salah seorang ahli keluarganya terkejut kerana di dalam laptopnya terdapat gambar lucah,dan setiap minggu gambar baru akan diterima dan disavekan kedalam komputernya secara automatik.

barulah keluarga si mati tahu,yang si mati dulu semasa hayatnya melanggan laman web lucah.kelurga si mati menghubungi syarikat web lucah tersebut bagi memberhentikan langganan dan memberitahu yang pemuda itu telah mati.

respon syarikat itu,mereka tidak boleh memberhentikan langganan itu kerena perjanjian langganan itu selama 3 tahun.

keluarga si mati sangat sedih,tapi mereka tak mampu berbuat apa2, gambar lucah itu akan terus dihantar setiap minggu selama 3 tahun.

bayangkan,dosa yang akan dipikul pemuda tersebut..dosa yang akan terus mengalir walaupun selepas matinya.

ini antara kisah manusia yang lupa tujuannya didunia.

bagi kita yang masih bernafas,mulalah berfikir,muhasabah dan seterusnya berubah.
senaraikan segala dosa yang kita lakukan dalam sedar dan mulailah untuk tinggalkannya.

kehidupan yang kita pilih mementukan kematian yang kita terima.

Ya muqallibalqulub,sabbit qulubana a'la dinik wa a'la tooa'tik.

amin ya rabbal a'lamin.

No comments:

Post a Comment